si aneh mati dipijak
bajunya disiat2 dan perutnya dipijakhenyak penuh kesumat.
mereka jeritkan--
kamu perlu sama dengan kami.
perlu sama!
dan dia masih senyum ditenyehlumur dipijakhenyak;
tak tercuitkan.
maka begitulah muqadimah hebahnya,
kisah matinya si aneh yang tidak mampu untuk cuba menjadi sama.
yang mana sebenarnya lebih aneh--
bukankan yang patut dibunuh kerana sebab itu;
adalah tuhan?