Saturday, May 21, 2011

suatu pernah

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yg tertinggal
Setiapnya telah kau ambil dan terus kau jual..

Seolah tak pernah bermakna apa..

Seolah tak pernah kau inginkannya..

Seolah.... tak pernah..

Dikutipku bila sudi

Dibiar tidak..dibiar mati

Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan..

Seperti tak pernah ku ada harga

Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku

Tak pernah rindu..
Tak pernah rayu dulu..

Terleburhancur kebal rusukku
Berkecaisepai
Terpecahbelah

Terima kasih atas ajarmu..

Cinta tak wujud..
Ah! Tak pernah..

Dan dengarkan jeritku jujur tak terfitnah

Kau hanya bagiku
Suatu yg tak pernah..

Takkan ada apa yg mampu buat kau pulang..
Bila sudah tiada rasa..
Bikinlah apa!
Tetap kau terbang...

Takkan ku pujuk kau jgn pergi

Takkan ku minta kau fikir lagi

Takkan ku paksa renung semula

Takkan ku suruh apa apa

Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput didada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah

Takkan ku biar tubuh didarah...

*ditenyehlumur dipijakhenyak*